Majlis ini diadakan sempena selesainya isu perumahan penduduk Bukit Botak. Program anjuran penduduk Bukit Botak dan JKKK Selayang Baru yang akan diadakan pada 29 April 2012 (Ahad) jam 9.00 pagi - 4.00 petang bertempat di Komplek JKKK Selayang Baru. Semua penduduk Selayang Baru dan sekitarnya dijemput hadir. Selain jamuan makan pada jam 12.00 t/hari - 4.00 petang pelbagai acara turut diadakan pada hari tersebut antaranya:
- Pelbagai kaunter perkhidmatan/penerangan;
- Pelbagai persembahan kesenian/kebudayaan; dan
- Cabutan bertuah untuk pengunjung.
Jumaat, 27 April 2012
Ahad, 22 April 2012
UNDI TAPAK RUMAH
Majlis undian tapak rumah Bukit Botak disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (Menteri Besar Selangor) diadakan pada 21 April 2012 mulai jam 2.30 petang. Turut hadir pada majlis tersebut Encik Iskandar Abdul Samad (EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan),
Y.A.B. Menteri Besar Selangor melawat rumah contoh. Kelihatan Ketua Kampung selaku Pengerusi JKKK Selayang Baru turut mengiringi YAB Menteri Besar. |
Dari Kiri Ketua Kampung Selayang Baru, Ahli Majlis MPS Zon 3 dan YDP MPS mengambil kesempatan pada pertemuan tersebut membincang masalah prasarana di kawasan Selayang Baru. |
Pengerusi & Ahli JKKK Selayang Baru serta Ahli MPS Zon 3 bergambar di rumah contoh. |
Sebahagian Ahli JKKK Selayang Baru bersama Pengerusi. |
DOA SELAMAT DAN TAHLIL
Majlis doa selamat memperkenalkan Ketua Kampung yang baru dilantik kepada penduduk setempat. Majlis Tahlil juga turut diadakan oleh Encik Mohamad Rawi dengan kerjasama Encik Nordin @ Jaafar bin Abu Bakar Ahli JKKK.
Ucapan ringkas dari Ketua Kampung (Encik Jumari Bin Talip) |
Antara tetamu yang hadir di Majlis Doa Selamat dan Tahlil |
Ketua Kampung menyampai risalah penerangan MES untuk edaran kepada penduduk setempat. |
Ahli JKKK Selayang Baru bersama penduduk setempat. |
Gambar kenangan dari kanan Bakal Bilal Masjid At-Taqwa, Ketua Kampung dan penduduk. |
Sabtu, 21 April 2012
KUNJUNGAN PASAR PAGI
Kunjungan Ketua Kampung selaku Pengerusi JKKK berserta Ahli JKKK Selayang Baru dan Ahli Majlis MPS Zon 3 dan Y.B. DUN Batu Caves melakukan kunjungan ke Pasar Pagi Selayang Baru bagi meninjau prasarana di kawasan tersebut disamping mengedarkan risalah Merakyatkan Ekonoki Negeri Selangor (MES).
Kunjungan ke Pondok Polis Selayang |
Kunjungan bermula dari jalan utama menghala masuk
ke Pasar Selayang. Di belakang kelihatan poster
Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil
Sekitar Pasar Pagi Selayang Baru |
Rabu, 18 April 2012
ZIARAH
Ketua Kampung bersama Biro Aduan Kaum dan Biro Kebajikan, JKKK Selayang Baru telah melakukan ziarah ke rumah-rumah bagi menghulurkan bantuan kepada yang layak bagi meringankan beban kehidupan.
Ketua Kampung dan Ahli JKKK Selayang Baru menziarahi pesakit di Selayang Permai. |
Ketua Kampung dan Ahli JKKK Selayang Baru menziarahi
penduduk kampung yang hilang punca pendapatan akibat kemalangan.
Selasa, 17 April 2012
MESYUARAT AGUNG KHAS
Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai & Jawatankuasa Kariah Masjid At-Taqwa Sesi 2012-2015 telah diadakan pada 15 April 2012 (Ahad), dipengerusikan oleh pegawai dari Pejabat Agama Daerah Gombak.
Ketua Kampung (berbaju batik biru) selaku Pemantau dan Keselamatan Mesyuarat menyambut ketibaan Kariah Masjid |
Kaunter Pendaftaran Muslimat.
Ucapan aluan daripada Setiausaha Masjid At-Taqwa.
Sebahagian muslimin/muslimat yang hadir pada Mesyuarat Agung tersebut.
Proses mengiraan undi sedang berjalan.
KARNIVAL SIHAT RIA
Karnival tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai, Selayang Permai pada 15 April 2012, jam 8.00 pagi - 12 t/hari dirasmikan oleh Ahli Majlis Zon 3.
Sempena karnival tersebut satu ceramah kesihatan bertajuk 'GEJALA SOSIAL: MENYINGKAP REALITI KESIHATAN & AGAMA telah disampaikan oleh Dr. Marlinda dari Persatuan Perubatan Ibnu Sina.
Aktiviti-Aktiviti lain: Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak dan Cabutan Bertuah. Program ini anjuran NISA' Selayang, Selayang Care dengan kerjasama JKK Selayang Permai.

Sempena karnival tersebut satu ceramah kesihatan bertajuk 'GEJALA SOSIAL: MENYINGKAP REALITI KESIHATAN & AGAMA telah disampaikan oleh Dr. Marlinda dari Persatuan Perubatan Ibnu Sina.
Aktiviti-Aktiviti lain: Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak dan Cabutan Bertuah. Program ini anjuran NISA' Selayang, Selayang Care dengan kerjasama JKK Selayang Permai.
Ahli Majlis Zon 3 MPS, Encik Zaidi Abdul Talib merasmikan Karnival Sihat Ria. |
Dari kiri Ketua Kampung Selayang Baru (Encik Jumari bin Talip), Ahli JKKK Selayang Baru (Encik Maslan bin Masdar), Urusatia majlis dan Setiausaha Ahli Majlis Zon 3 (En. Kabil). |
Ketua Kampung Selayang Baru menyampaikan cenderahati kepada
Ahli Majlis MPS Zon 3
Penyampaian sumbangan kepada wargamas oleh Ketua Kampung Selayang Baru. |
Ceramah Kesihatan disampaikan oleh Dr. Maslinda dari Pusat Perubatan Ibnu Sina. |
Pemeriksaan kesihatan
INFRASTRUKTUR
Lawatan Ahli Majlis Zon 3 bersama pegawai dari MPS serta JKKK Selayang Baru telah dilakukan di kawasan tempat letak kereta di pasar Selayang berhampiran flat Selayang Point pada 13 April 2012 bagi tinjauan menaiktaraf tempat tersebut.
Ketua Kampung bersama Ahli Majlis Zon 3 MPS dan
Pegawai MPS di lawatan tapak
Perbincangan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan.
Cadangan menaiktaraf tapak letak kereta di kawasan pasar Selayang. |
PROJEK PRIHATIN (PROTIN)
Program anjuran bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Penghulu Mukim Batu dan LZS. Empat (4) wargamas dari setiap kampung dipilih bagi menerima sumbangan dan sebanyak 12 kampung di bawah Mukim Batu. Setiap seorang menerima barangan bernilai RM70.00 yang belanjakan di Pasaraya AACash &Carry Selayang Baru pada 12 April 2012. Sumbangan disampaikan oleh Encik Mohd Raimi Abd. Rahman, Setiausaha Agung ABIM Pusat melalui Ketua Kampung masing-masing.
Ucapan oleh Encikk Mohd Raimi bin Abd. Rahman, Setiausaha Agung ABIM Pusat |
![]() |
Sumbangan disampaikan kepada Ketua Kampung masing-masing. |
Dari kanan - Ketua Kampung Selayang Baru, Pegawai ABIM, Penghulu Mukim Batu dan Penylia Pasaraya AA Cash & Carry bergambar kenangan. |
Ketua Kampung di kaunter bayaran bagi menjelaskan pembelian anak kariahnya. |
Gambar kenangan sebahagian penerima sumbangan bersama Penghulu Mukim Batu
dan Ketua-Ketua Kampung di perkarangan Pasaraya AA Cash & Carry.
Rabu, 11 April 2012
MAJLIS UJIAN TILAWAH AL-QURAN 1433H PERINGKAT MUKIM BATU
Majlis Ujian Tilawah Al-Quran Peringkat Mukim Batu 1433H diadakan di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pada 16 Jamadil Awal 1433H bersamaan 7 April 2012M dirasmikan oleh Y.B. Dr. Ahmad Yunus Khairi, EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Seramai 14 Qari dan 6 Qariah mengambil bahagian.
Ketua Kampung merangkap pengerusi majlis memberi penerangan kepada peserta Majlis Ujian Tilawah. |
Perasmian Majlis Ujian Tilawah oleh Y.B. Dr. Ahmad Yunus Khairi EXCO Kerajaan Negeri Selangor. |
Salah seorang peserta qari Ujian Tilawah Al-Quran
Salah seorang peserta qariah Ujian Tilawah Al-Quran
Majlis Penyampaian Hadiah Tempat Pertama Qari |
Majlis Penyampaian Hadiah Tempat Pertama Qariah |
PERTUBUHAN SENI GAYUNG PETANI
Perdaftaran Terbuka Pertubuhan Seni Gayung Petani Belia JKKK Selayang Baru Sesi 2012 pada 30 & 31 Mac dan 6 & 7 April 2012 di Dewan JKKK Selayang Baru jam 8.45 malam. Turut hadir Ketua Kampung Selayang Baru, Ahli Majlis Zon 3 dan Penyelaras DUN Templer.
Salah seorang peserta menerima pakaian daripada
Ahli Majlis Zon 3 (Tuan Zaidi Bin Talib)
Ahli pertubuhan bergambar kenangan bersama
Duduk dari kiri : Ketua Kampong Selayang Baru (Tuan Jumari Bin Talib), Ahli Majlis Zon 3 (Tuan Zaidi Abdul Talib) dan Penyelaras DUN Templer (Tuan Haji Mohamed Bin Abd Rahman).
Kepada yang berminat menyertai Pertubuhan Seni Gayung Fatani sila hubungi: Zaid: 019-244481, Adi: 017-3710173 & Sofia 017- 2040173
Langgan:
Catatan (Atom)